Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membuka 238 kertas siasatan berhubung berita palsu COVID-19, setakat Isnin.<br />Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, 170 masih dalam siasatan manakala 24 individu telah didakwa di mahkamah, dengan 13 orang mengaku bersalah.