Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengambil pendekatan untuk memperkenalkan kaedah pembayaran zakat secara pandu lalu di Menara Zakat Alor Setar.<br />Ia bagi memudahkan masyarakat negeri itu menunaikan kewajipan rukun Islam khususnya dalam tempoh PKP.<br />Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Zakaria Othman menjelaskan inisiatif itu bermula pada Isnin dari jam 9 pagi sehingga 1 petang.
