Seramai 37 orang pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dihantar pulang ke kediaman keluarga masing-masing di Zon Tengah.<br />Pelajar ini menaiki 5 bas disediakan pihak Kementerian Pengajian Tinggi lewat malam tadi.<br />Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali menjelaskan kesemua mereka adalah pelajar yang terkandas di Inapan Siswa.<br />Kumpulan pelajar ini termasuk empat orang pelajar dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.