Tempoh penguatkuasaan PKP dilaporkan banyak beri impak kepada pengusaha PKS khususnya dari segi jualan dan aliran tunai.<br />Namun, cabaran ini dilihat satu pembuka rezeki baru bagi Pengusaha Ketupat Palas Sejuk Beku Hutan Kampung, Che Non Ahmad.<br />Che Non Ahmad, 50 tahun menyifatkan PKP khususnya menjelang musim perayaan beri limpahan rezeki buat perniagaannya.<br />Mana tidaknya, permintaan terhadap ketupat palas sejuk beku yang diusahakannya kini meningkat sekali ganda berbanding yang dicatatkan pada Ramadan 2019.