Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) rancang meneruskan kempen Liga Malaysia (Liga-M) 2020 mulai 1 September dengan semua pasukan bertanding dibenar kembali menjalani sesi latihan pada Ogos.<br />Perancangan itu dibuat selepas kerajaan tidak meluluskan permohonan MFL untuk menyambung semula saingan pada Ogos dan sesi latihan dijalankan pada Julai sebelum ini.
