Keputusan kerajaan membenarkan hampir kesemua sektor ekonomi beroperasi semula mulai Isnin ini akan memberi impak positif ke atas ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.<br /><br />Pembukaan semula sektor ekonomi akan menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pelaburan langsung asing dan tempatan, menjana prospek eksport, kelangsungan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta kemampanan pekerjaan.