Sarawak menjadi negeri pertama yang mengumumkan tidak mengikut keputusan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).<br />Ini selepas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mendapati terdapat beberapa garis panduan pembukaan semula sektor ekonomi terlibat tidak kondusif diguna pakai di negeri itu.