Seramai 1.2 juta individu telah membuat pendaftaran aplikasi mudah alih Gerak Malaysia dengan lebih 503,276 orang daripadanya memohon untuk mendapatkan permit bagi melakukan perjalanan rentas negeri.<br /><br />Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya menyedari jumlah permohonan untuk meneruskan perjalanan rentas negeri menunjukkan peningkatan yang ketara setakat 1 Mei.<br /><br />Justeru katanya, semua pemohon disarankan supaya mengemaskini maklumat lokasi masing-masing bermula 4 dan 5 Mei ini.
