Rakyat Malaysia disarankan untuk memuat turun aplikasi Mysejahtera bagi membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.<br />Ia juga dapat membantu kementerian kesihatan mendapatkan maklumat awal tahap kesihatan individu untuk mengambil tindakan cepat dan berkesan.<br />Mysejahtera turut membantu menilai tahap kesihatan ahli keluarga atau individu lain yang didaftarkan.