KKM sekali lagi menegaskan yang kit ujian antibodi melalui pengambilan sampel darah tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis jangkitan COVID-19.<br /><br />Sebaliknya, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan kit ujian itu hanya boleh digunakan bagi mengukur respons antibodi sahaja.
