Kadar indeks jenayah di seluruh negara menurun hampir 50 peratus sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas hingga Selasa.<br /><br />Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, indeks jenayah turun 49.1 peratus bersamaan 5,098 kes berbanding 10,368 kes bagi tempoh 31 Januari sehingga 17 Mac lalu.
