Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan Pilihan Raya Kecil susulan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Chini.<br />Bagaimanapun, Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata pihaknya masih perlu menunggu pemakluman rasmi sebelum sebarang tindakan dibuat.