Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semua pengawal keselamatan warga asing diwajibkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 atau "swab test". Perkara ini susulan terdapat peningkatan kes yang melibatkan pengawal keselamatan di satu pusat beli belah di Cheras.<br /><br />Menurutnya, kerajaan akan mengumumkan keputusan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan atau dilanjutkan dua atau tiga hari sebelum tarikh PKP fasa 4 ditamatkan, iaitu pada 12 Mei 2020.