Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke lapan di kawasan Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor berkuatkuasa 10 Mei hingga 23 Mei 2020.<br /><br />Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan menerusi Facebook pagi ini.