Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tampil dengan idea dengan tawarkan geran secara dalaman bagi galakkan kajian dan inovasi baharu di peringkat universiti.

Kajian ini meliputi kepada keperluan semasa dan pasca COVID-19 dengan melibatkan impak kepada sektor sosial, ekonomi dan pelancongan.

Ini membuahkan hasil apabila tiga produk inovasi mendapat pengiktirafan sebagai Program Impak Tinggi daripada Yayasan Inovasi Malaysia dan SME Corp.

Ikuti penjelasan Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan dan Inovasi UMK, Prof Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman dan Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kreatif & Inovasi, Dr Tan Tse Guan!