Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan soal privasi dalam teknologi pengesanan kontak menerusi aplikasi MyTrace yang digunakan untuk memantau pergerakan orang ramai bagi tujuan pengesanan terjamin selamat. <br /><br />Beliau berkata, KKM hanya berupaya mendapatkan maklumat penting seperti nombor telefon, jarak dan masa seseorang individu mempunyai kontak dengan pesakit COVID-19 yang disimpan di telefon pengguna dan bukannya pelayan berpusat, dalam tempoh 21 hari
