Penggunaan kaedah Rapid Test Kit (RTK) Antibody untuk saringan COVID-19 di klinik swasta untuk pekerja sebelum kembali bertugas adalah tidak disarankan.<br /><br />Sebaliknya tegas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ujian mengesan virus tersebut adalah berasaskan antigen iaitu melalui ujian Real Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RRT-PCR) atau ujian Rtk Antigen.
