Kekecohan ini tercetus sejak awal persidangan yang berlangsung kira-kira jam 9.30 pagi bermula, apabila bekas ketua pembangkang Datuk Seri Idris Haron memintas bacaan doa yang sedang dibaca oleh bekas Speaker DUN, Datuk Omar Jaafar.

Selepas itu kekecohan makin hangat selepas cadangan pertukaran Speaker dan Timbalan Speaker sedia ada..

Ditengah kekalutan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee turut bertikam lidah dengan wakil pembangkang dari DAP selepas dilabelkan sebagai ‘barua’ dan pengkhianat.

Menerusi sebuah video berdurasi 1.10 saat yang tular di aplikasi WhatsApp memaparkan Norhizam bertegang leher, cuba mempertahankan dirinya sambil ditenangkan oleh beberapa wakil rakyat kerajaan.