Tiada keperluan bagi penggunaan kad pengenalan diri serta alamat kediaman sebagai syarat memasuki mana-mana premis sepanjang tempoh PKPB.<br /><br />Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya nama dan nombor telefon sudah memadai bagi penyimpanan rekod kemasukan premis ekoran terdapat pihak yang bimbang maklumat peribadi disalah guna.
