Lebih 200 tahun lalu, profesion kejururawatan bermula di negara ini dengan perkhidmatan pertama bermula di Pulau Pinang dan Singapura oleh Sukarelawan East India Co.<br /><br />Pelbagai cabaran dan rintangan sejak dari era peperangan dunia kedua sehingga hari ini, namun tugas jururawat terus berkembang seiring dengan perubahan dunia perubatan dan teknologi.<br /><br />Malah sambutan Hari Jururawat Sedunia tahun ini melakar sejarah baharu buat petugas barisan hadapan itu selepas terpaksa bertungkus-lumus menghapuskan pandemik COVID-19.