Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan pelaksanaan solat Jumaat bermula esok dan Solat Sunat Aidilfitri di masjid dan surau yang terpilih sahaja dengan beberapa syarat khas yang ditetapkan.<br />Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Mohamed Hussein berkata, kebenaran ini dikeluarkan selepas mendapat perkenan oleh Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tunku Tuanku Munawir dengan persetujuan undang yang empat serta Tuanku Besar Tampin.
