Semarakkan kasih sayang merentas sempadan di bulan mulia ini dengan bersama-sama menghulurkan bantuan menerusi kempen ‘Ramadan Bersama Palestin’ anjuran Aman Palestin Bhd.<br />Inisiatif yang dilaksanakan ini pastinya memberi senyuman dan kegembiraan kepada saudara kita di Palestin, dalam meneruskan ibadah di bulan Ramadan yang masih berbaki sebelum menyambut Syawal tidak lama lagi.
