Dua sahabat yang juga tokan dadah ditahan bersama sejumlah dadah ketika cuba melintasi sekatan jalan di Plaza Tol Lunas dekat Kulim pada Sabtu.<br /><br />Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari, dalam kejadian jam 12 tengah hari itu suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa berhenti di sekatan jalan raya.
