Biarpun dilahirkan tanpa deria penglihatan, S. Gomathi, seorang guru Braille di Rumah St Nicholas, Pulau Pinang optimis membantu golongan senasib agar terus celik ilmu.<br /><br />Graduan Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu itu berkata, selain tidak dapat melihat,ada sebahagian golongan itu mempunyai masalah lain iaitu masalah kepekaan jari yang menyukarkan mereka menguasai braille.