Kementerian Kesihatan menasihati bekas pesakit COVID-19 untuk tidak menerima pelawat sekiranya masih berada dalam tempoh kuarantin 14 hari di rumah.<br /><br />Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata selepas 14 hari, mereka boleh menerima pelawat dengan syarat mematuhi garis panduan yang ditetapkan.