Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) serta perusahaan mikro di Kedah memerlukan bantuan dana tambahan sebagai pusingan modal yang boleh digunakan bagi membina semula aktiviti ekonomi mereka.<br />Menurut Yang Di Pertua Dewan Perniagaan Melayu Negeri Kedah Datuk Mohd Zayad Md Ismail, ketika ini banyak peruntukan dana ditawarkan.<br />namun ada sebahagian dana bantuan tidak dapat dimanfaat semua PKS, kerana permintaan yang tinggi.
