Kira-kira 7.6 juta penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sudah menerima bayaran bantuan bagi fasa kedua melibatkan pembayaran sebanyak RM3.41 bilion, setakat 17 Mei.<br />Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pembayaran tersebut adalah 93 peratus daripada peruntukan pada fasa kedua.<br />Jelas beliau, Kementerian Kewangan komited untuk menyelesai baki pembayaran kepada penerima-penerima bantuan dalam kadar segera.
