Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan sekurang-kurangnya 44 individu atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), setakat Selasa.<br />Daripada jumlah tersebut, 40 individu telah direman, sementara empat lagi diberi jaminan polis, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.