Indeks harga pengguna (IHP) bagi april 2020 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia menyaksikan penurunan sebanyak 2.9 peratus kepada 117.6 berbanding 121.1 mata pada bulan yang sama tahun lalu.<br />Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, perubahan ini merupakan antara yang terendah dicatatkan sejak IHP diasaskan.