Kerajaan negeri perak mengumumkan pakej rangsangan ekonomi fasa dua yang menyediakan peruntukan lebih RM71 juta untuk mengharungi krisis penularan wabak COVID-19.<br />Sektor peniagaan menerima peruntukan paling tinggi iaitu RM18.3 juta diikuti sektor pertanian RM15.5 juta, pelancongan RM10.8 juta dan pendidikan dan modal insan RM10.8 juta.<br />Sektor pendidikan dan modal insan pula menerima peruntukan RM9.5 juta, kebajikan dan sosial RM1.4 juta di samping diskaun cukai tanah RM15.4 juta.