Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan, kebenaran menggunakan rumah ibadat ini hanya untuk warganegara Malaysia sahaja dan pada hari-hari utama sahaja, misalnya untuk beragama Kristian hanya pada hari Ahad.<br /><br />Di samping itu, mereka perlu patuh pada SOP yang ketat antaranya bilangan kehadiran tidak boleh melebihi 30 orang, bergantung pada saiz rumah ibadat.
