Sebuah sekolah tinggi di Daegu, Korea Selatan, ditutup semula sehari pada Khamis apabila seorang pelajarnya disahkan positif COVID-19.<br /><br />Menurut Pejabat Pendidikan Metropolitan Daegu, seorang pelajar senior sekolah tinggi pertanian yang tinggal di asrama disahkan dijangkiti virus itu.<br /><br />Ia mendorong pihak berkuasa menutup semula sekolah dan semua pelajar lain diarah pulang ke rumah atau dikuarantin.