Polis menafikan kononnya berlaku kejadian rompakan di sebuah bank di pekan jasin pada jumaat seperti yang tular di laman facebook.<br /><br />Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan ketika dihubungi berkata, video berdurasi 11 saat yang tular itu bukan kejadian rompakan dan tidak berlaku insiden tembak menembak seperti ditularkan.