Ahli keluarga dan waris nahas pesawat Pakistan International Airlines (PIA) yang terhempas berhampiran bandar pelabuhan selatan Karachi pada Jumaat, berkumpul di bilik mayat hari ini bagi mengenal pasti identiti mangsa.<br />Dalam insiden tersebut, sekurang-kurangnya 97 penumpang dan anak kapal terkorban selepas pesawat Airbus A320 terhempas di kawasan perumahan.
