Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia bekerjasama dengan mana-mana negara untuk melaksanakan kajian menguji vaksin COVID-19 kepada manusia.<br /><br />Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata setakat ini kajian masih di fasa dua iaitu ujian kepada haiwan dan belum masuk ke fasa ketiga, ujian ke atas manusia.