Kerajaan hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada umat Islam yang mematuhi garis panduan ketika meraikan sambutan Syawal pertama, semalam.<br />Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pandemik COVID-19 telah mengubah beberapa perkara melibatkan cara umat Islam meraikan lebaran.<br />Ia termasuk membiasakan diri dengan normal baharu dengan tiada solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di masjid dan surau di seluruh negara serta budaya ziarah menziarahi.
