Mereka yang lolos pulang ke kampung terutamanya kakitangan awam dinasihatkan pulang semula bekerja sekiranya diarahkan berbuat demikian.<br /><br />Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan menggalakkan mereka pulang dan janganlah kerana takut dikenakan kompaun, mereka buat keputusan untuk tinggal di kampung.
