Isteri kepada mangsa yang maut akibat dilanggar pemandu mabuk mahu menuntut keadilan atas kematian suaminya. Zetti Haryanti Hassan, isteri kepada Irwan Herman Kamarudin, berharap kerajaan bertindak segera memperkasakan undang-undang berkaitan pemandu di bawah pengaruh alkolhol.
