Walaupun pelancaran Space X dibatalkan kerana cuaca buruk namun Presiden Donald Trump menyifatkan momen bersejarah itu sebagai hari menggembirakan bagi Amerika.<br />Bagaimanapun Trump berkata masih terlalu awal untuk meraikan kejayaan misi itu.<br />Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan roket tersebut untuk Amerika selepas terhenti hampir satu dekad.
