Sejak pelaksanakan PKPB telah banyak peringatan dikeluarkan pihak berkuasa supaya tiada pergerakan rentas negeri dilakukan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.<br />Namun, masih ada yang tidak mengendahkan peringatan berkenaan dengan mencipta pelbagai alasan untuk melakukan pergerakan.<br />Situasi itu juga berlaku di Terengganu.<br />Laporan lanjut bersama wakil Astro AWANI Terengganu Nur Fazlizai Ali yang melakukan tinjauan di pintu sempadan Hulu Terengganu di mana banyak cubaan untuk merentas sempadan dilaporkan semasa musim perayaan.