Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan bahawa terdapat satu kes positif melibatkan seorang kakitangan di kementerian beliau pada Sabtu.<br /><br />Menurutnya kes tersebut dikenal pasti selepas melalui satu saringan kesihatan yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan di Wisma Putra.