Gara-gara berkumpul untuk meraikan sambutan hari jadi semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), 14 individu ditahan polis di sebuah pangsapuri Di Jalan Harbour Place, Butterworth malam semalam.<br />Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat Op COVID-19, kira-kira jam 12.05 tengah malam Sabtu.