Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan tiga kluster baharu melibatkan bukan warganegara iaitu Kluster Ladang di Bera dan masing-masing di Maran iaitu Kluster Kilang Papan dan Kluster Syarikat Pembinaan. Tiga kluster baharu itu dikenal pasti melalui sebahagian daripada tindakan pejabat kesihatan untuk melaksanakan pensampelan secara rawak.<br /><br />Terdahulu, beliau menjelaskan KKM sedang meneliti sama ada PATI di semua DTI yang dijangkiti COVID-19 menerima jangkitan itu baharu atau lama. Jelasnya, mereka yang positif dan tidak mempunyai gejala boleh menjangkiti orang lain dalam tempoh dua hari sebelum dia menerima gejala.
