Sebuah restoran di Jalan Kampung Paya Butterworth yang menyajikan minuman keras diarah tutup serta merta selepas beroperasi tanpa lesen.<br />Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam serbuan jam 6 petang Ahad itu, pemilik restoran berusia 42 tahun itu turut dikompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).