Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR menjangkakan kos bagi perjalanan Pilihan Raya Kecil, PRK Dewan Undangan Negeri (Dun) Chini lebih tinggi berbanding sebelumnya.<br />Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, anggaran kos bagi PRK itu dijangka mencecah RM4.6 juta . Antara lain, kenaikan kos disumbang keperluan untuk penyediaan barang-barang seperti topeng muka, pensanitasi tangan, serta khemah khas.