Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan ujian pengesanan COVID-19 kepada 700 kakitangan dan 800 banduan di Penjara Sungai Buloh selepas seorang banduan disahkan positif virus berkenaan.<br />Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, banduan yang bukan warganegara Malaysia itu telah diasingkan dipindahkan ke Depoh Tahanan Imigresen di Semenyih.
