Kerajaan membenarkan rentas negeri bagi urusan akad nikah dengan mendapatkan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM). <br /><br />Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, individu berkenaan bagaimanapun perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan termasuk memastikan urusan pernikahan adalah tidak melebihi 20 orang.
