Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari dijatuhi hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret, Petaling Jaya kerana kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas, dua tahun lepas.
