Seramai 20 individu termasuk 14 pelajar sekolah menengah, ditahan ketika berpesta hari jadi bersama dadah di dua unit apartment yang disewa di Georgetown pada malam Isnin.<br /><br />Mereka yang ditahan iaitu 15 lelaki dan lima wanita berusia 13 hingga 20 tahun, turut melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
