70 peratus hotel bajet berdaftar di Kelantan diramal gulung tikar susulan kesan teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.<br />Menurut Presiden Malaysia Budget Hotel atau MAIBA Kelantan, Wan Fauziah Wan Mamat meskipun ada yang sudah memulakan operasi namun mereka sukar untuk mencapai tahap pulang modal dalam keadaan semasa.